ROBOTIK

ROBOTIK

PENGENALAN

My photo
Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 yang mengikuti kursus Diploma Kejururteraan Mekatronik di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik-Politeknik Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit, ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.

UNIT 1: JENIS-JENIS ROBOT

1.0 PENGENALAN

Di dalam unit ini anda akan mempelajari tentang istilah, ciri-ciri robot pengelolaan komponen dan pengelolaan perkakasan serta sistem kawalan robot. Robot perindustrian adalah robot yang digunakan secara meluas di dalam sesuatu sistem pengautomatan yang menghasilkan pelbagai jenis produk.
Ia merupakan satu generasi pekerja kolar besi yang boleh bekerja tiga giliran dalam sehari tanpa memerlukan rehat. Robot perindustrian juga merupakan satu alat yang amat diperlukan dan dapat memangkinkan perkembangan teknologi masa kini dan masa akan datang.

1.1 DEFINISI ROBOT YANG DIBERIKAN OLEH PERSATUAN ROBOT
BRITISH

Robot perindustrian adalah sebuah peranti atau alat pelbagai fungsi yang boleh diprogramkan berulang-ulangkali. Ia direkabentuk untuk menggerakkan serta mengolah bahagian-bahagian, alat-alat atau alat khusus dalam kerja-kerja pembuatan melalui pergerakan yang boleh diubah-ubah untuk melakukan tugas-tugas di dalam proses pembuatan.

1.2 TERMINOLOGI ASAS YANG DIGUNAKAN DI DALAM SATU SISTEM
PENGAUTOMATAN

ISTILAH
PENERANGAN

1. Ketepatan

Darjah kemampuan yang boleh dibuat oleh lengan robot untuk digerakkan ke satu titik tertentu dalam sel kerja apabila kita memasukkan koordinat-koordinat daripada stesen pemprograman di luar talian (off-line programming).


2. Pengelolaan

Pergerakan yang dilakukan oleh tangan robot untuk membawa objek melalui satu ruang (jarak) dari satu tempat ke tempat yang lain.


3. Gerakan
antaramuka

Penggunaan komponen-komponen perkakasan untuk menyambung dua alat atau sebahagian dari storan atau pendaftar supaya boleh digunakan oleh dua atau lebih aturcara (program).


4. Liputan kerja

Isipadu/luas kawasan di mana lengan robot boleh melakukan tugasnya/kerjanya.


5. Darjah -
kebebasan

Bilangan pergerakan hakiki dan tahap kompleksnya tugas yang boleh dilakukan oleh sebuah robot ditentukan oleh darjah kebebasan yang ada pada sesuatu robot. Pada amnya robot mempunyai tiga darjah kebebasan utama iaitu paksi x,y dan z. Robot-robot yang lebih canggih mempunyai paksi gerakan yang lebih banyak.


6. Peralihan

Pergerakan robot melalui satu garislurus yang melibatkan pengawalan lebih dari satu paksi.


7. Persendian

Sendi atau paksi yang terdapat pada pengolah (lengan robot). Terdiri dari dua jenis axis iaitu ‘major axis’ yang terdiri dari ‘base’, ‘shoulder’ dan ‘elbow’ serta ‘minor axis’ yang terdiri dari ‘ wrist pitch’, ‘wrist roll’ dan ‘wrist yaw’.


8. Penghalaan

Pergerakan ‘end effector’ robot ataupun ‘minor axis’ untuk pergi ke tempat yang di arahkan.


9. Tatarajah

Rekabentuk robot mengikut pandangan geometrinya contohnya kartesian, selinder, polar dan lengan bersambung (jointed arm).


10. Keboleh-
ulangan


Darjah kemampuan lengan robot untuk mengesan sasaran yang telah disetkan dengan tepat dan kemudian kembali semula ke titik asalnya dalam sel kerja itu. Robot yang mempunyai kebolehulangan yang tinggi akan mampu mengulangi semula tugas itu dengan tepat berulang-ulang kali tanpa ralat.


11. Titik tengah
matalat

Ia adalah titik tindakan untuk matalat yang dipasang pada pelit matalat robot. Titik tengah matalat ialah titik rujukan pada matalat yang dikawal oleh robot.


12. Koordinat-koordinat sel kerja


Titik-titik yang diprogramkan dalam sel kerja dikenalpasti kedudukannya dengan menggunakan nilai-nilai koordinat-koordinat x, y dan z bagi titik tengah matalat serta sudut-
sudut penyambungan paksi pada pergelangan lengan robot
iaitu ‘pitch’,’roll’ dan ‘yaw’.


13. Kelajuan

Kadar pergerakan titik-tengah matalat yang dilakukan oleh robot di bawah kawalan program. Ia adalah ukuran kelajuan alat tersebut.



14. Beban
maksimum

Beban maksima yang boleh digerakkan/dipindahkan oleh robot semasa di bawah kawalan program. Ia meliputi berat pencengkam dan produk/komponen yang diangkat. Semasa menggangkat beban ini lengan robot masih lagi dapat mengekalkan spesifikasi kebolehulangan dan keboleharapannya.


15. Pengolah

Bahagian mekanikal sistem robot yang boleh digerakkan ke pelbagai arah, hasil dari gabungan pergerakaan paksi-paksi. Ia terdiri dari komponen-komponen seperi lengan manusia iaitu lengan atas dan lengan bawah yang disambung dengan ‘base’, ‘shoulder’, ‘elbow’ dan ‘wrist’. Ia dapat membawa alat pengesan hujung (end effector) ke destinasi-destinasi yang diperlukan. Selain dari komponen-komponen di atas, ia juga terdiri dari bahagian-bahagian seperti alas, pemacu penggerak, peranti suapbalik dan struktur penyokong untuk memegang serta menggabungkan semula alat-alat tersebut.


16. Penggerak

Mekanisma yang digunakan untuk memacu pengolah bagi membolehkannya bergerak ke titik yang telah ditentukan. Ia terdiri daripada komponen-komponen seperti selinder pneumatik atau hidraulik, motor-motor berputar pneumatik atau hidraulik dan motor-motor elektrik. Kedudukan robot juga ditentukan dengan gabungan komponen-komponen ini. Robot-robot yang mempunyai sistem penggerak yang mudah digerakkan secara mekanikal dengan menggunakan sesondol (cam).



17. Pengesan
hujung ( end- effector)

Perkakasan yang dipasang pada plet hujung lengan pengolah yang berfungsi mengikut tugas yang akan dilakukan. Ia terdiri dari dua bentuk utama iaitu pencengkam ataupun perkakasan
( tools).

9 comments:

Anonymous said...

boleh tak bg saya nota lengkap berkenan dengan robot ni...puteri_suez@yahoo.com

zakey said...

napa tidak boleh buka unit 2?
tolong bagi saya nota penuh mengenai robot....

zakey said...

mohdzakey88@yahoo.com
email sy...

Unknown said...

boleh tak bagi nota atau maklumat lengkap tentang traffic light robot..jaha.nazronha@gmail.com

iza said...

tlg bg sy nota mengenai pencengkam & penderia beserta gmbrajah dan kebaikan mengenainya..knpe sy nk bka untk bab dlm unit x blh?kluar plik2..

iza said...

tlg bg sy nota mngenai pencengkan dan penderia..knpe sybk xblh?kluar gmbr pelik2...

raudhah said...

salam, boleh emelkan nota j4125 ni di raudahjamilah@yahoo.com ?.. jasamu dikenang~~

Afiq Angah said...

assamalualaikum..saya nk minta tlg bole...?
memandangkan saya sedang menyiapkan proposal projek akhir...dan projek saya mengenai robot tangan...
saya nk tanya...encik ada proposal mengenai projek akhir berkenaan dgn robot...harap jasa encik membantu saya menyiapkn proposal ni saya hargai...

Afiq Angah said...

kalau ada ape2,sila emailkn ke loudnessafiq91@yahoo.com